Makanan adalah perkara paling utama dalam penjagaan kucing. Makanan lebih utama berbanding memberi perhatian dan mencakar perabot! Makanan digunakan oleh sesetengah pemelihara untuk 'merasuah' kucing atau untuk mendapatkan perhatian kucing mereka. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan mempunyai kepentingan psikologi untuk kedua-dua kucing dan pemiliknya. Maka tidak hairanlah jika penjagaan terhadap makanan kucing ini diletakkan sebagai perkara yang mustahak.
Adakah terdapat formula tertentu untuk memberi kucing anda makan? Perlukah kita memberinya makanan dalam tin, atau kering, atau separa kering, atau kombinasi di antaranya? Perlukah kita risau dengan perasa/pewarna tiruan? Adakah kucing akan bosan dengan makanan yang sama tiap-tiap hari? Bolehkan anak kucing dan kucing tua memakan makanan yang sama? Berapa banyak makanan yang perlu dihidangkan? Kesemua soalan itu adalah penting tetapi malangnya jawapannya adalah tidak begitu jelas.
Setiap kali ke berkunjung ke pet shop atau mana-mana supermarket yang menjual makanan binatang peliharaan,saya akan ternganga melihatkan begitu banyak sekali pilihan yang ada. Sebenarnya kalau difikirkan, pasaran makanan binatang peliharaan adalah begitu besar dan berkembang.
Kita mungkin berfikir bahawa kucing adalah binatang yang makan hidangan yang sedikit dan kemudian mengulanginya sepanjang hari. Jika pemberian makanan tidak terkawal, kucing akan mempunyai berat badan berlebihan. Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari setengah gelas sehari boleh menyebabkan obesiti.
Kebanyakan kucing indoor cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.
Makanan diberi dua atau lebih hidangan sekali, dimana setiap kali hidangan dalam kuantiti kecil. Berikan sebahagiannya makanan dalam tin, sebahagian lagi kering, untuk mengawal kadar ambilan makanannya. Kaedah kedua adalah memberinya makanan dalam tin saiz kecil, dan sedikit makanan kering di antara waktu makan.
Jika kucing anda telah mengalami berat badan berlebihan, berjumpalah dengan veterinar dan minta pandangannya. Jangan sekali-sekali meletakkan kucing anda dalam program diet tanpa kawal selia oleh veterinar. Ini boleh menyebabkan keadaan hepatic lipidosis yang mengancam nyawa kucing anda. Kawal selia oleh veterinar terhadap penjagaan makanan bagi si comel yang mempunyai berat badan berlebihan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.
salam
salam semua...kmk asa ramai yg d luar nun nginang pusak juak mcm kmk..mesti rami d antara kita tok peminat pusak..apatah agik pusak bulu tebal kata kita org sarawak...ataupun persian kitten...jom kita berkongsi cerita mengenai haiwan kesayangan ini...ttg makanan nya ka...grooming kah..apa2 ajak lah ttg pusak mun sapa2 mok bincang atau berkongsi cerita k....
Friday, January 15, 2010
Posted by Unknown at 12:09 AM 0 comments
Thursday, January 14, 2010
apa makanan bgus utk pusak??
Kita selalu question ttg tok nak???ermp...mmg banyak brand makanan pusak kat luar nun..so mcm2 ada nak...nak ne sigek kita mok milih...kmk yakin semua d antara kita yg nginang pusak maok berik makanan yg terbaik utk pusak2 daknya..gia juak kmk...then sigek gik...nangga juak lah bajet kita ...na ndak???so apa pandangan ktkorg...
Posted by Unknown at 11:25 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)